Masa mengorak langkah - UMNO Perlu Berubah atau Diubah
Labels: Politik MC 0 commentsOleh: Mat Letup
Mat fikir, orang UMNO kena cepat kembalikan semangat. Kenalah mandi air tujuh perigi dengan tujuh jenis bunga, Kalau ikut cara orang dulu2. Proses pulih semangat ini penting, sebab parti yang tak ada semangat tak boleh menang. Parti yang pemimpin dan ahlinya lemah semangat akan pupus dari muka bumi.
UMNO kenalah belajar daripada banyak parti yang pernah besar dan hebat. Parti2 ini dulu berkuasa dan digeruni. Hari ini, banyak yang tinggal sejarah, tersungkur, dan dilupakan. Tidak ada parti yang dapat bertahan semata-mata kerana wang, kuasa dan sejarah.
Parti politik bertahan kerana kepercayaan rakyat terhadapnya. Kalau rakyat hilang percaya, hancurlah parti, hilanglah kekuatannya. Mat percaya pemimpin dan ahli UMNO sedar hal itu. Oleh sebab itu mereka kena pulihkan semangat. Ingat matlamat perjuangan UMNO, sasaran UMNO.
Kenapa UMNO dilahirkan? Apa amanah orang Melayu kepada UMNO? Jangan lupa semua itu. Kalau semua itu ada dalam sanubari pemimpin dan ahli UMNO, tak perlu risau dan khuatir. Akan pulihlah semangat parti. Akan kuatlah semula parti. Tapi kalau orang UMNO tak ada semangat, macam mana nak pulihkan parti.
Mat bukan orang Politik(UMNO). Mat cuma tahu satu perkara. Kalau UMNO nak berjaya, UMNO kena cari pemimpin yang jujur, ikhlas, dan sedia berkhidmat kepada semua peringkat.
Orang tengok UMNO pada pemimpinnya. Kalau pemimpinnya dianggap rasuah dan pentingkan diri sendiri, maka hilanglah sokongan rakyat kepada UMNO.
Mat tahu Tuk Najib akan buat apa2 sahaja untuk pulihkan UMNO. Untuk kembalikan UMNO sebagai parti yang kuat. Untuk pulihkan semangat UMNO. Untuk kembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO. Mat yakin Tuk Najib boleh buat.
(Mat Letup - Dewan Masyarakat November 2009, ditulis semula oleh Manjung Center)

0 comments: to “ Masa mengorak langkah - UMNO Perlu Berubah atau Diubah ”
Catat Ulasan