Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak  

0 comments

Salam,

Sebentar tadi pada jam 10.30 pagi bersamaan 24 Oktober 2009 telah tercipta satu sejarah di mana julung-julung kalinya Sekteriat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak yang PERTAMA di Malaysia telah di lancarkan oleh DS Ir. Mohd Nizar Jamaludin di Markas PAS Batu 9 Lekir!! MC beserta Otai Manjung dan beberapa blogger lain turut menghadiri dan membuat liputan pelancaran tersebut sebagai hebahan kepada pembaca blog dan bloggers.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat (Ust Azman Shapawi), Naib Ketua AMK (Khairul Anuar), YB Speaker Sivakumar, YB Ngeh Ko Ham, Ketua Pemuda PAS Perak dan beberapa YB Adun Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Pada asalnya, lokasi pelancaran ini sepatutnya di adakan di Tokong Kong Hock Lumut tetapi di batalkan pada saat-saat akhir berikutan permit yang diluluskan hanya untuk berkumpul sahaja dan tidak boleh berceramah. Beratus-ratus anggota polis dan FRU telah mengepung pekan Lumut sejak subuh2 lagi!! Sekatan jalan raya turut diadakan di jalan utama masuk ke pekan lumut, Batu 10, Pantai Remis, dan Ayer Tawar serta Jeti Lumut seolah-olah daerah Manjung di landa peperangan. Walaupun di kepung penyokong PR tetap merempuh sekatan jalan raya oleh polis untuk sampai ke pekan lumut dan seterusnya ke Pangkor untuk mengahadiri ceramah pentas pemuda di Dewan Hai Nan, Pangkor.


Antara intipati ucapan DS Nizar ialah mengenai sidang DUN yang akan di jalankan pada 28 oktober ini. Terdapat 5 maklumat risikan daripada pejabat SUK negeri Perak bahawa pada persidangan tersebut orang ramai tidak di benarkan menghampiri bangunan SUK tidak lebih dpd 1/2 kilometer, YB adun PR juga di kehendaki datang tepat pada jam 10.00 pagi (tak boleh awal, tak boleh lambat), handphone berkamera YB adun PR juga tidak dibenarkan masuk ke persidangan DUN, anak isteri YB adun PR juga tidak dibenarkan masuk ke bangunan SUK (hanya YB adun PR dan BN shj yg di benarkan masuk) dan yang paling menarik sekali bentara-bentara yang sedia ada di dewan telah di pecat dan di gantikan dengan 15 bentara baru dari UMNO.


Gambar yang sempat MC ambil sepanjang pelancaran berlangsung



Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories