Bajet 2010 !!
0 commentsSalam buat tatapan pembaca,
Begitulah sudahnya pembentangan bajet selama dua jam yang banyak berkisar kepada bajet perangi rasuah dan mencegah jenayah. Dengan tema "1 Malaysia, Kemakmuran Bersama", peruntukan bajet 2010 untuk kali ini berkurangan kepada 191.5 billion ringgit daripada peruntukan bajet 2009 iaitu 207.9 billion ringgit yang di umumkan oleh Pak Lah tahun lepas.
Antara point-point yang menarik untuk di higlightkan:
- Minuman keras tak naik - ini untuk menarik kembali kaki-kaki todi untuk pangkah BN
- Rokok tak naik ! - ramai rakyat Malaysia tak jadi nak berhenti merokok
- Pakej netbook & broadband berharga RM50 sebulan - Bagus untuk student supaya 24 jam menghadap netbook layan facebook
- Caruman KWSP untuk golongan yang berkerja sendiri - byk orang2 kampung ni(undi org kampung penting)
- KWSP naik kembali ke 11% - Good !
- Membangunkan teknologi hijau - memberi kesedaran kepada rakyat pentingnya menjaga alam sekitar
- 50% diskaun komuter kepada para pelajar
- Klinik 1 Malaysia di perkenalkan di setiap perumahan, kampung2 dan bandar
- Peruntukan yang besar kepada Industri seni 200 juta ringgit bagi membiayai aktiviti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan, dan pembangunan kandungan tempatan - Makin akan banyak filem2 jembalang, hantu2 karya tempatan like MOMOK...
- Pinjaman PTPTN di tukar kpd biasiswa kepada mahasiswa yang mendapat kelas pertama dengan kepujian - Good !
- Meningkatkan usaha memperbaiki imj SPRM - kenapa? sebelum ni tercalar ke?
- Peruntukan 1000 juta ringgit kepada PERMATA (rosmah)
- DAN YANG PALING BEST !!! TAKDE BONUS ! JADI LA BALANCE RM250 UNTUK BULAN 12 NI...ini betul2 rakyat di dahulukan!
Lepas ni sure majikan swasta tak bagi bonus sbb mereka wajib mematuhi piawaian 1 Malaysia. Rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan !!! Memang best bajet kali ini !





0 comments: to “ Bajet 2010 !! ”
Catat Ulasan