Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Suu Kyi: Malaysia Kecewa ---> Datuk Anifah Aman  

0 comments

KUALA LUMPUR 11 Ogos — Malaysia menyifatkan hukuman terhadap pemimpin pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi hari ini sebagai satu "keputusan yang dikesalkan" dan ia akan berbincang dengan rakan ASEAN mengenai perkembangan itu.
"Malaysia amat kecewa dengan keputusan untuk meletakkan Aung San Suu Kyi di bawah tahanan di rumah selama 18 bulan," kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dalam kenyataan di sini.


"Sehubungan itu, Malaysia akan mengambil tindakan segera untuk mengadakan perbincangan di kalangan anggota negara ASEAN bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perkembangan ini," katanya.

Anifah mengulangi permintaan kepada kerajaan Myanmar untuk membebaskan semua tahanan politik termasuk Suu Kyi bagi membolehkan mereka mengambil bahagian pada pilihan raya tahun depan.

"Kerajaan Myanmar perlu menunjukkan komitmennya ke arah perdamaian negara dan proses demokrasi bagi melaksanakan pelan perdamaian demokrasinya," katanya. -
BERNAMA

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cakap siang pandang-pandang la sikit Pak Anifah oii. Bingai !! Pelan perdamaian demokrasi konoooooonnn.. pegi daaaa. Boleh jalan!! Negara sendiri pon tak terurus demokrasinya, ini pulak nak menasihat dan tolong demokrasi negara orang.

Bebaskan dulu tahanan ISA dulu lah, baru boleh nasihat Junta Myanmar supaya bebaskan Tokoh Politik Pembangkang, Suu Kyi.



Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories