Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Siapa Adun Terengganu yang ditahan rasuah??  

0 comments

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.
Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga 7 Ogos itu ialah dua rakan ADUN terbabit yang dipercayai terlibat dalam meminta wang sogokan itu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kemaman, Rofiah Mohamad, lapor Bernama.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan di ibu pejabat polis daerah Kemanan untuk siasatan lanjut.

Semalam, ADUN tersebut bersama-sama dua rakannya itu ditahan SPRM kira-kira jam 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat Kemaman, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan.

Ketika ditahan, terdapat wang tunai RM5,000 pada ADUN itu.

source : malaysiakini

Siapa adun yang ditahan tu?? adun dari PR atau BN? tu yang menjadi persoalan, sebab dalam surat khabar pun tunjuk berita ni kecik je di bahagian belakang sekali.. macam berita keputusan 4D Sport toto plak.

Tapi semalam ada keluar berita penangkapan adun ni.. dan Dato Nazri aziz ada mengulas mengenai tangkapan ni, dia boleh plak keluarkan ayat "Selama ni ramai igt SPRM bermain perkauman, tapi kali ni..siapa yang ditangkap semalam tu?? bukan adun melayu ke?? dia tu melayuu.. bukan cina atau india!"

MC sebenarnye tak paham, tapi buat2 paham saje le..

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories