Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Sekitar Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Titi Gantung, Bota.  

0 comments

Mustapa Kamil Ayub

Pada 19/8/09 MC berkesempatan pergi ke ceramah pakatan rakyat bubar dun yang diadakan di Titi Gantung Bota. Antara penceramah yang hadir ialah Mustapa Kamil Ayub Naib Presiden Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad SetPol MB Selangor dan Dr. Najihah Ketua Dewan Muslimat kawasan Parit.

Jemaah yang hadir

Antara isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh Mustapa Kamil Ayub ialah tentang isu "Anwar Pengkhianat" yang di canangkan oleh UMNO/BN di media2 milik mereka. Mustapa Kamil Ayub menerangkan isu sebenar dan memberikan contoh siapa sebenarnya yang mengkhianat orang melayu sambil merujuk kepada UMNO/BN. Bukan itu saja, malah dia juga menerangkan tentang "Sembah Derhaka" yang dulu kecoh apabila DS Nizar memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak semasa krisis politik Perak baru2 ni. Dan sambil membuka semula sejarah tentang siapa dahulu yang derhaka kepada Sultan dan bagaimana orang BN yang sanggup memanggil sultan itu "natang", Mustapa Kamil Ayub juga menerangkan isu 1 Ogos yang lalu di mana perhimpunan mansuh ISA yang awalnya aman tetapi dicemari oleh pihak2 polis yang menyembur gas pemedih mata.

"Kalau tak ada polis, kita boleh jalankan perhimpunan ini dengan aman, yang buat kecoh bukan kita tapi polis, malah perniaga-perniaga dekat kawasan berhampiran pun suka orang berkumpul macam ni, baru la perniagaan mereka laku, perniaga tak takut orang ramai yang berkumpul macm ni, tapi mereka takut apabila polis tembak gas pemedih mata!!!"

Itu antara bait2 kata yang disampaikan oleh Mustapa Kamil Ayub. Kehadiran Mustapa Kamil Ayub juga sememangnya dinantikan oleh penduduk di kawasan berhampiran untuk mendengar sendiri ceramah yang disampaikan oleh orang kuat parti keadilan ini. Buktinya hampir 500 orang membanjiri kawasan markas PAS Titi Gantung.

Penceramah kedua pula ialah Dr, Najihah iaitu Ketua Dewan Muslimat Kawasan Parit. Dr Najihah banyak bercerita tentang isu H1N1 yang kini semakin hari semakin membimbangkan rakyat Malaysia. Langkah2 yang perlu diambil juga diberikan oleh Dr Najihah. Selain itu Dr Najihah juga menasihati para suami yang pergi mendengar ceramah supaya membawa isteri masing-masing untuk turut sama supaya para isteri2 ini tidak hanyut dengan ajaran Wanita UMNO atau Puteri UMNO.
Penceramah ketiga pula ialah Nik Nazmi Nik Ahmad iaitu setiuasaha politik menteri besar Selangor. Ceramah beliau banyak berkisar tentang isu2 yang terjadi di negeri Selangor seperti kes rumah banglo milik bekas menteri besar Selangor dahulu Khir Toyo, dan isu2 PKFZ. Beliau memberikan gambaran sebenar isu2 yang terjadi di negeri Selangor yang selama ini ditutup oleh media2 milik UMNO/BN.

MC tidak sempat untuk mendengar habis kesemua penceramah kerana ada masalah yang perlu di selesaikan.

Saksikan sedikit gambar yang sempat MC ambil.





Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories