Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Permatang pasir....oh permatang pasir  

0 comments

Assalamualaikum buat semua...
salam pejuang buat semua..bukan salam 1malaysia...

Hari ni pengundi permatang pasir akan keluor mengundi....insyaAllah malam ini kita akan mengetahui ADUN baru buat mereka...ADUN itu YG BEKIDMAT..bukan YG BERHORMAT..
tersilapnya penggunaan perkataan menyebabkan banyak ADUN yg tumbang di medan perjuangan.....

Awok cuba utk melihat suasana politik dan senario dlm pilihanraya kali ni...kita lihat dari sudut UMNO dulu...mereka semakin yakin sejak kekalahan tipis mereka di manek urai baru2 ini...pada mereka org melayu dah kembali yakin pada mereka...sukar kita nak kata kan yg perkara itu omongan kosong mereka atau pun hakikat sebenar ketika ini..
Suka atau tidak PR kena bersedia bab itu..bagi awok ada sedikit kemajuan dlm sokongan terhadap UMNO....kerana apa??UMNO bijak menggunakan ruang dan peluang yg ada ketika ini..Org melayu terlalu sensitif dgn perkataan melayu...cina dan india..paling pantang di usik tentang hak keistimewaan(pada hal hak keistimewaan yg ada dah lama mula terhakis dek UMNO)

Penggunaan tv dan paper setiap hari main kan isu perkauman..seolah2 PR mau hak melayu di hapuskan..malah setiap hari di main kan seolah2 PAS sudah tidak berada di landasan perjuangan mereka..sudah menjadi tunggangan kepada DAP.....mungkin bagi kita,kita menganggap benda ini satu perkara remeh kerana kita tidak lagi bergantung pada media hipokrit sperti itu...

Tapi berapa ramai kah kita???berapa ramai kah lagi yg masih belum dapat access kepada internet???berapa ramai kan yg masih belum terdedah kepada berita2 yg lebih tepat??sebab tu kalo kita tgk kawasan majoriti melayu yg penduduk nya masih ramai yg tidak mempunyai kemudahan internet yg baik ini masih menjadi milik UMNO....sebab pemikiran mereka dan dijajah dek media UMNO..kerana itu lah UMNO kini mula nak menyekat kebebasan ber media di internet.....

Atas taktikal ini UMNO melaungkan keyakinan utk menawan permatang pasir.....

Sementara di sudut PAS pula,taktikal biasa di guna kan...mendedahkan kepincangan lawan...2 pendedahan yg dah berjaya di buat.....walopun pada saat akhir UMNO berjaya buat U-Turn tapi bawi awok ia nya sudah terlambat...semalam juga di beritakan bapa kepada bini no 2 calon UMNO juga dah hilang..jgn di tanya kepada awok ke mana pergi nya..tanya la kat najib...heheheh

Permatang pasir merupakan memang kubu kuat PAS di pulau pinang selain penanti....namun kemenangan 3 penggal berturut2 calon sebelum ini ada lah kerana ADUN tersebut berjaya membawa suara rakyat di situ...setiap kali pilihan raya pengundi tidak perlu lagi berfikir panjang kerana arwah merupakan seorg Adun yg cukup cemerlang...
Kini mereka mengharap kan pengganti arwah juga begitu...dan calon PAS ini juga tidak perlu di perkenal kan lagi...berlatar belakang yg baik...tiada isu peribadi..kerana itu lah UMNO gagal utk menyerang calon kali ini...

Apa2 pun bagi awok peluang kali ini adalah 50-50...ingat ini kawasan melayu....kawasan melayu memang sukar nak di jangka.....di tambah lak pilihanraya di buat pada bulan puasa dan hari bekerja...

Awok mengharap kan pengundi permatang pasir bijak memilih......
Ingat setiap pangkah yg di lakukan di kertas undian akan di soal di akhirat kelak....

jadi...tok sah gusar..tok sah runsing...nampak bulan pangkah sahaja....


Assalamualaikum

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories