Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Majlis Makan Malam DAP Lumut Bersama DS Nizar @ SMJK Dinding (Pundut)  

0 comments

Salam,

MC berkesempatan menghadiri majlis makan malam "Bubar Dun Perak" yang dianjurkan oleh DAP Lumut. Majlis ni dihadiri oleh DS Nizar, YB Ngeh Koo Ham, YB Nga Kor Ming, dan beberapa pimpinan dari DAP lumut yang memberikan ucapan yang sungguh bersemangat.

DS Nizar berucap hanya dalam 15 minit sahaja dan terpaksa bergegas pulang kerana ada aktiviti lain yang perlu beliau laksanakan. Isi kandungan ucapan Dato Seri banyak berkisar tentang kematian Toeh Beng Hock yang agak misteri selain ucapan beliau yang menyuruh semua ahli yang hadir terus menyokong Pakatan rakyat dalam usaha mengembalikan demokrasi dan keadilan di Malaysia!

Bertempat di dewan SMJK Dinding Lumut, majlis ini juga bertujuan untuk mengutip derma bagi keluarga Teoh Beng Hock. MC tak sempat untuk menjamah makanan yang disediakan kerana terlewat sedikit sampai, tapi tak apa, perjuangan MC bkn kerana makan, tetapi untuk turut sama menyatakan sokongan terhadap pimpinan pakatan rakyat yang berjuang untuk menegakkan demokrasi dan keadilan di Malaysia ini.

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories