Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Aura Ramadhan kembali  

0 comments

Salam Ramadhan pada semua blogger seantero Malaysia..
Macam mana satu hari puasa? ada baguih ka??

Aura Ramdhan kembali menyapa kita semua, sebut je ramadhan, mesti la puasa kan, sebut je puasa mesti le kita terpikir sehari suntuk menahan lapar, tak makan dan minum. Ada jgk yang merungut dan ada jgk yang menyambut ketibaan ramadhan dengan hati yang gembira, maklum la bulan yang penuh berkah ini.. diampunkan segala dosa2 kita jika kita menunaikan kewajipan ini.

Bulan puasa je bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tapi lebih dari itu.. kadang2 ada jgk benda yang kita dengar banyak kali, dan MC takmau menulis benda tu berulang kali hanya untuk mengolah cerita tu bagi MC sangat membuang masa pada ketika ramai orang dah tahu kewajipan masing2.

Petang tadi MC sempat pergi ke bazar ramadhan di manjung, lebih jelas lagi bazar ramadhan di pasar awam manjung. Ramai jgk yang datang ke bazar ramadhan tadi. Terkejut jgk MC lihat bazar ramadhan tahun ni sungguh berbeza dengan sebelum2 ini.. mana tidaknye, bazar ramadhan kali ni lebih teratur dan bersistematik.. dengan dihiasi bumbung kanopy putih, perniaga tak perlu lagi bawak bumbung masing2 utk berniaga kerana bumbung kanopy sudah disediakan khas. Ramai jgk yang bukan Islam turut sama membeli juadah di bazar ramadhan ni.

Tapi yang lebih menarik lagi, ketibaan YAB DATO SERI ZAMBRY BIN ABDUL KADIR yang telah sudi datang ke bazar ramadhan tadi untuk merasmikan bazar ramadhan di manjung tu. MC malas sebenarnye nak tengok dan ikut belakang dia. Lain la kalau Nizar yang datang. Dengan dikawal ketat macam Perdana menteri tu, tak ada siapa pun berani dekat dengan ZAMBRY.. kalau nak dapatkan sokongan rakyat manjung, buat lah style Nizar yang friendly dengan rakyat bila melawat pasar2 malam. Ini tidak, gayanya macam tu tak ada siapa berani dekat. MC buat nohen je, malas nak ambik tau tentang ketibaan MB Perak tu. Yang penting MC nak cepat2 beli juadah berbuka puasa.

Selepas je MC membeli juadah, ada la 2 3 lauk.. tak banyak pun, he he he.. MC saja nak lihat pulak bazar ramadhan yang lain di sekitar manjung ni.. lokasi yang MC nak lihat ialah bazar ramadhan Fasa 1E, belakang kompleks sukan dan belakang jgk dengan rumah MC. Lihat2 macam tu je, lepas tu MC terus pergi ke lokasi seterusnya di bazar ramadhan samudera, agak besar jgk bazar ramadhan samudera ni, tak macam tahun lepas.. bazar ramadhan samudera ni jgk dihiasi kanopy yang disediakan khas untuk para perniaga. Macam biasa, MC lihat2 macam tu je..dan lokasi seterusnya di bazar ramadhan belakang pasaraya Giant.. harapan MC ke sana nak tengok kot2 bazar ramadhan disini lagi hebat dan besar. Tetapi sampai je lihat hanya bazar kecil saja. Tak ramai perniaga di situ. Tapi tak apa, satu perkembangan yang baik bagi daerah manjung ni terutama penduduk disini yang menjalankan perniagaan di bazar ramadhan untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Jika tahun2 sebelum ni hanya 2 sahaja Bazar Ramadhan di Manjung, tapi tahun ini lebih banyak pilihan bazar ramadhan dan pilihan juadah utk berbuka juga lebih banyak..

Lepas lihat2 Bazar ramadhan belakang Giant tu, MC pun balik ke rumah sebab jam pun dah pukul 7.00..dah nak berbuka dah..perut pun dah takboleh tahan kalau asyik berjalan.. naik lemah kaki ni..

Esok plak MC cadang nak pergi ke bazar ramadhan di Sitiawan pulak..pasti juadah lagi hebat dan dasyat, maklum le MC suka lihat juadah2 di bazar ramadhan ni. Pasti ada juadah yang pelik2 akan dijual.. itu yang MC harapkan..

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



0 comments: to “ Aura Ramadhan kembali