Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

adun pkr lunas kedah jadi bebas. anwar penyebab kekecohan di permatang pasir?  

0 comments

Parti Keadilan Rakyat (Parti keadilan Rakyat) dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru pagi Ahad, Ramadhan kedua apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Radzhi yang merupakan ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur.

Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas.

Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku.

Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau meletakkan jawatan, beliau akan patuh untuk berbuat demikian.

Sementara itu pada sidang media yang sama Pemangku Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan pula mengumumkan pembubaran Parti Keadilan Rakyat Bahagian berkenaan.

DUN Lunas berada dalam Bahagian Padang Serai.

Beliau turut mendakwa mempunyai rakaman perbualan telefon seseorang yang menyebutkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan untuk membuat kekecohan pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Isnin lalu.

Dalam insiden berkenaan, Gobalakrishnan mencabar arahan polis dan dalam kekecohan yang berlaku dia telah menampar seorang anggota polis. Lakonan Gobalakrishnan tidak berakhir di situ kerana mendakwa cedera parah dan terpaksa menerima rawatan di hospital Bukit Mertajam.

Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah majistret sehari kemudian atas dakwaan menghalng tugas penjawat awam. Berita lanjut menyusul. – 23/8/2009

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories