Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

4 bank di Sitiawan dan Manjung di lempar Bom Petrol....  

2 comments


Terkejut beruk MC dengar 4 bank di Manjung dan Sitiawan kena baling bom petrol..Mujurlah bank yang MC keje tak kena baling bom..Ini semua mesti gara-gara warga asing yang kerap berkeliaran di kawasan bank tersebut...3 bulan lepas penah jadi kes di hadapan bank cimb sitiawan pelanggan mengeluarkan rm10,000, kemudian kena rompak oleh penyamun tarbus nieee...area sitiawan ni terutamannya berdekatan dengan kawasan bank memang black list dengan jenayahnyaa dan kes ragut, pernah terjadi depan mata MC peragut meragut beg tangan makcik tua ni depan tempat bank MC kerja..tapi tak sempat nak kejar perompak tu sbb kejadian berlaku dengan pantas dan tanpa di duga...

Berbalik kepada bank kene lempar bom ni, kejadian ni belaku pada 1.20 pagi hingga 3.30 pagi kelmarin. Bank yang terlibat Public bank di Manjung sebelah billion, Maybank di Kamdar dan kampung koh dan AmBank di Sitiawan. Tp mujurlah letupan itu tidak membuahkan hasil. Motif kejadian pon masih dalam sisasatan kerana bom tu tak berupaya tinggi untuk memecahkan mesin ATM sehinggan menimbulkan persoalan sama ada penjenayah terbabit kurang pakar atau sengaja melakukan vandalisme.

Kesimpulannya, pihak polis perlulah kerap melakukan rondaan terutamanya di kawasan bank dan kawasan the store yang berisiko tinggi terdedah kepada aktiviti jenayah. Tambah-tambah lagi menjelang perayaan yang bakal menjelang niee..Polis ni jangan asyik dok tangkap orang buat demo jee. Perompak kat luar tu masih banyak berkeliaran dan bila2 masa sahaja perkara ini mungkin berulang....sekian

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



2 comments: to “ 4 bank di Sitiawan dan Manjung di lempar Bom Petrol....


  • 7:22 PTG  

    Hoyo.. billion to dekat dengan venice!.. harap famili ok..


  • 8:43 PTG  

    Dekat jgk lah.. family naqiubex tinggl di vanice ke?