Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

TRAGEDI KEMATIAN TEOH BENG HOCK  

0 comments


Wanita KEADILAN amat sedih dengan berita kematian seorang anak muda, Teoh Beng Hock (30), aktivis, idealis dalam arena politik Pakatan Rakyat. Penglibatan aktif beliau telah memberi harapan kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, khususnya dalam DAP, bahawa beliau memiliki masa depan yang cerah dalam karier politik beliau. Kematian beliau dalam suasana yang menimbulkan seribu satu tanda tanya, amatlah menyayat hati seorang ibu, yang telah kehilangan seorang anak kesayangannya, tempat membahu berbagai harapan, tetapi kini musnah secara mengejut.

Hasrat untuk melihat anaknya mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya hari ini juga hancur berkecai. Bahkan mana-mana ibu yang akan menganggap Teoh seolah-olah anaknya juga, akan merasai yang serupa. Apakah mesti berlakunya tragedi barulah sistem dan peraturan yang ada dalam agensi-agensi kerajaan dikuatkuasakan atau diselia lebih ketat? Tidakkah budaya preventif lebih memberi jaminan keselamatan kepada rakyat? SPRM yang belum beberapa bulan diwujudkan telah semestinya tercemar imej dan dipandang negatif kerana tregedi kematian Teoh berlaku di bangunan Pejabat SPRM sendiri.

SPRM wajar segera melaporkan kesemua siasatan dan memberikan hak sepenuhnya kepada keluarga Teoh untuk memastikan bahawa siasatan itu adil dan telus. SPRM wajar memberi segala bantuan dan nasihat kepada keluarga Teoh dalam menyelesaikan kes kematian beliau, terutamanya mengenai hak waris Teoh dalam proses penyiasatan, bagi membersihkan sebarang anggapan negatif terhadap SPRM.Kehilangan nyawa dalam apa jua keadaan merupakan suatu peristiwa yang dahsyat bagi mana-mana keluarga yang terbabit. Ia juga bermakna kehilangan yang besar kepada sesebuah negara kerana rakyat adalah aset terpenting bagi setiap negara. Oleh itu, pemeliharaan nyawa rakyat Malaysia dalam setiap konteks dan keadaan mestilah diambil berat oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku dalam perkarangan pemeliharaan keselamatan sebuah agensi Kerajaan.

Wanita KEADILAN menuntut agar tragedi kematian Teoh disiasat dengan serta-merta secara telus. Pihak berkuasa seperti SPRM dituntut untuk mengambil pendekatan memastikan keselamatan fizikal, mental dan jiwa mereka yang didapati tidak bersalah selepas soal-siasat, terutamanya apabila mereka masih berada dalam kawasan di mana soal-siasat telah dilakukan. SPRM telah lalai dalam memberi jaminan keselamatan sedemikian dalam konteks kemanusiaan dan konsep kerajaan yang dikatakan mementingkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat umum. SPRM patut menggantung serta tidak meneruskan siasatan mengenai Perbelanjaan Peruntukan ADUN selagi siasatan ke atas kes kematian Teoh Boon Hock tidak diselesai dan dikemukakan hasil siasatannya kepada awam.


YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Diterima melalui email

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories