Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Tambang Pengangkutan Awam Naik !!!  

0 comments

Firstly, MC nak tanya. siapa dikalangan rakyat di Malaysia ni yang menyokong kenaikan tambang pengangkuatn awam? Penyokong BN?? (mungkin ya) Penyokong PR? (tentu tidak)

Kenaikan yang diumumkan minggu lepas diantara 2sen hingga rm10 begitu di rasai di kala Malaysia sedang mengalami ekonomi yang menguncup . Apakah rasional di sebalik kenaikan tambang ini?? Adakah kerajaan hendak mengkayakan lagi pengusaha-pegusaha bas di Malaysia dan membebankan rakyat yang kerap menggunakan pegangkutan awam sepenuhnya untuk pergi kerja dan balik kampung waktu musim perayaan.

Bayangkan kalau kenaikan 2sen setiap kilometer ini jaraknya dari Manjung ke KL yang mana harganya sekarang rm24.50 akan naik menjadi rm30++. Baru 1 hala. Kalau 2 hala?sendiri mau ingat laa !!! Menteri boleh la cakap jimat itu ini. Menteri takkan naik bas dan teksi untuk ke pejabat megah di Putrajaya, di saat rakyat terpaksa bangkit seawal 5 pagi untuk bersiap dan berkejar dan bertukar bas ke sana ke sini untuk memastikan mereka sampai ke pejabat tepat pada waktunya..

Bagi MC, kerajaan sepatutnya menyerap apa sahaja kos yang wujud dalam pengangkutan awam dengan memberikan pengecualian dan insentif yang sesuai kepada pengusaha bas ini.

MC harap rakyat Malaysia JANGAN LUPA, kesan kenaikan harga minyak kerajaan menjanjikan penjimatan sebanyak RM4.4 BILLION !!! akan disalurkan semua kepada rakyat melalui Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam. Dana ini digunakan bagi tiga tujuan :

  1. Meningkatkan mutu perkhidmatan bas terutama dari aspek liputan dan kekerapan perkhidmatan.

  2. Menambah baik sistem integrasi pengangkutan awam antara bas, LRT, monorel dan komuter

  3. Memperluaskan jaringan sistem monorel atau LRT (source: mStar)

So, Sekarang apa sudah jadii ??? !!!

oleh,

MC amin

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories