Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Syaaban semakin pantas berlalu...  

1 comments

InsyaAllah esok sudah masuk hari ke 9 dalam bulan Syaaban 1430H. Dan insyaAllah tiga minggu lagi Ramadhan akan kita nikmati bersama.

Di dalam kita berusaha untuk membuat persediaan menyambut Ramadhan, pusat membeli belah dan akhbar-akhbar sudah memulakan promosi Aidil fitri. Di dalam kesulitan ekonomi, kita masih beriya-iya memikirkan apa yang belum kita miliki. Sedikit masa lagi masyarakat kita akan berlumba-lumba menyediakan keperluan fizikal, sedangkan limpahan rahmat Tuhan kita sedikit alpa.
Rasululah s.a.w bersabda “Barangsiapa yang berada di waktu pagi dan menanamkan tekad bahawa akhirat itu adalah tujuannya, nescaya Allah akan memudahkan urusannya.Allah akan memberi kekayaan dalam hatinyaDan nikmat dunia akan diberikan kepadanya melalui jalan yang mudah".
Barangsiapa yang berada di waktu pagi dan menanamkan tekad bahawa dunia itu adalah tujuannya, nescaya Allah akan merumitkan urusannya. Allah akan memberi kemiskinan di hadapan matanya, dan Allah tidak akan memberi nikmat dunia kepadanya, kecuali sedikit sahaja.
Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Masa yang telah berlalu menjadikan kita semakin tua, semakin beruban, semakin botak dan kekuatan fizikal kita mula menurun. Masa yang telah berlalu memberi erti bahawa kita semakin hampir menuju ke alam akhirat. Maka sama-samalah kita memperbaiki diri dan menambahkan amalan kita.
-Dr Ridzwan Bakar

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



1 comments: to “ Syaaban semakin pantas berlalu...


  • 10:21 PTG  

    mase makin cepat blalu.. hari demi hari..