Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)
0 comments

Sumber MC: Sinar Harian.
GELONG GAJAH – Penduduk di empat buah
kampung iaitu Kampung Kedah, Kampung Bakar Bata, Kampung Banjar dan Kampung
Tengah mendesak pihak berwajib segera menangani masalah lalat yang didakwa
berpunca dari penternakan ayam berhampiran dengan kawasan rumah mereka, di sini,
semalam. Penduduk, Mohd Rashid Wahab, 52 berkata perkara ini berlarutan hampir
30 tahun hingga kini tiada jalan penyelesaian yang diambil pihak terbabit. Oleh
itu, mereka terpaksa berdepan dengan masalah lalat yang semakin merunsingkan.
Menurutnya, masalah lalat yang turut mengganggu kehidupan seharian penduduk
mengundang rasa kurang senang pihak luar yang bertandang ke kawasan itu.
Wartawan Sinar Harian bertandang ke Kampung Kedah salah satu kawasan mempunyai
masalah lalat turut tidak selesa dengan kehadiran lalat yang hinggap di man–mana
sahaja tempat. “Walaupun berulang kali kami melaporkan kepada pihak berwajib
namun hingga kini tiada tindakan diambil mereka. “Saya berharap agar pihak
berwajib terutamanya segera mengambil tindakan kerana penduduk di sini sudah
tidak tahan dengan masalah yang melanda kampung ini,” katanya kepada Sinar
Harian, semalam. Rashid turut melahirkan kebimbangan dengan keadaan yang boleh
mengancam kesihatan mereka sekampung kerana telah diketahui lalat terkenal
dengan agen penyebar penyakit. Sementara itu, dia turut melahirkan rasa kesal
terhadap sikap pihak berwajib di kawasan berkenaan yang tidak pernah turut
padang bagi memantau kawasan ini. Menurutnya, sebagai pihak berwajib perlu ada
rasa tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan hidup kawasan kampung
tersebut. Masalah ini harus mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan
yang perlu bertindak segera bagi menanganinya sebelum penduduk kampung hilang
sabar.
MC KATA:
Diharap pihak berwajib iaitu Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan.

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



0 comments: to “