Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Jakarta bergegar lagi!!!  

1 comments


Siapa punya angkara? soalan itu yang bermain di fikiran MC ketika mendengar berita pengeboman 2 hotel mewah di Jakarta (Hotel Ritz-Carlton, Hotel JW Marriot).

9 orang terbunuh manakala 50 lagi cedera dalam serangan bom yang berlaku pada jam 7.45 pagi waktu tempatan. Pihak polis Indonesia tidak dapat membuat spekulasi tentang dalang di sebalik pengeboman berdarah ini, tetapi percaya dalang sebenar adalah Jemaah Islamiah (JI). Bukti yang menyokong adalah jenis BOM yang digunakan oleh penganas adalah sama dengan BOM yang meletopkan pusat peranginan di Bali pada 2002 dulu.

Pihak polis Indonesia juga percaya bahawa Nordin Mat Top seorang rakyat Malaysia turut terlibat dalam serangan bom ini.

MC juga turut terkilan kerana, sedang ingin pemerintah Indonesia membersihkan nama Indonesia di mata dunia selepas tragedi di Bali dahulu, kini bom jugalah yang menjatuhkan kembali Indonesia di mata dunia.

Ramai rakyat Indonesia yang begitu kecewa dengan pengeboman ini kerana saat pasukan bola sepak terkenal dunia Manchester United ingin bertandang ke republik itu, segalanya musnah apabila MU menarik diri dari datang ke Indonesia dengan alasan keselamatan.

Isu yang ingin MC kupaskan di sini ialah, apabila rakyat Indonesia sendiri menuduh dalang pengeboman di 2 hotel mewah (Salah satu hotel adalah tempat yang bakal pemain MU menginap) itu ialah pemerintah Malaysia sendiri. Alasan mereka adalah, mereka kata, Malaysia tidak mahu MU bermain di Indonesia, kerana itu Malaysia mengupah orang untuk mengebom hotel di sana. Dan untungnya, Malaysia dapat bermain dengan MU untuk 2 perlawanan persahabatan Tour Asia 2009.

Kenapa begitu sekali tuduhan yang dilemparkan oleh rakyat Indonesia terhadap Malaysia?
Ya. Memang salah seorang rakyat Malaysia adalah dalang pengeboman hotel di sana iaitu Nordin Mat Top, tetapi itu bukan alasan untuk rakyat Indonesia menuduh Malaysia adalah dalang yang besar. Kerana, Nordin Mat Top itu sendiri kini memang penganas yang di cari oleh pihak polis Malaysia dan Indonesia!!!

Banyak forum-forum diskusi Indonesia yang mengatakan tentang hal ini. Bukan setakat mereka mengatakan Malaysia tidak mahu MU bermain dengan Indonesia, selebihnya, mereka menuduh Malaysia ingin menjahanamkan Indonesia terus di muka bumi ini. Pelik bukan fikiran rakyat Indonesia ini????

Ikhlas
MC Petai

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



1 comments: to “ Jakarta bergegar lagi!!!