Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Isu Penggunaan Kalimah ALLAH !!!  

2 comments


Akhir-akhir ni MC lihat ramai yang memperkatakan tentang isu pengunaan Kalimah ALLAH SWT, samada dari, Para Ulama, Ustaz dan orang biasa yang menentang penggunaan Kalimah ALLAH bagi non-muslim. Sehinggakan isu ini dibahaskan dalam Parlimen. Dan isu ini juga sudah dibawa ke mahkamah bagi menentukan samada Kalimah ALLAH SWT itu sesuai untuk digunakan oleh non-muslim.


Bagi MC, benda ini ada dua sudut yang harus kita lihat dan teliti..

Pertama dari aspek perkataan, dan kedua dari aspek kemasyarakatan. Isu ini boleh diselesaikan dengan mudah jika kita tahu dan menilai benda ni dengan teliti dan mengunakan akal.


Sudut pertama yang ingin MC katakan adalah tentang perkataan Kalimah ALLAH SWT itu sendiri dari aspek hukum. Sebenarnya, tidak salah jika non-muslim itu sendiri mengakui tentang kewujudan ALLAH SWT maha pencipta. Walaupun mereka berbeza anutan, tetapi jika mereka tahu yang menjadikan alam semesta dan yang berkuasa di alam semesta ini adalah ALLAH SWT, maka tidak perlu kita melarang, sebab ALLAH SWT sendiri telah berfirman:



“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)
(Surah al-Ankabut ayat 63).


Jelas di sini kita dapat lihat bahawa mereka juga mengakui bahawa ALLAH SWT itu maha berkuasa di alam semesta ini. Bahkan ALLAH SWT tidak melarang atau membantah golongan non muslim ini menggunakan kalimah ALLAH SWT sebaliknya menyuruh Nabi Muhammad saw bersyukur ekoran pengakuan tersebut .


Sebenarnya, isu ini tidaklah menjadi isu yang besar, tetapi ia menjadi besar apabila bagaimana non-muslim itu menanggapi ALLAH SWT itu sendiri. Misalnya, yang dilarang dan menjadi isu besar itu adalah mensyirikkan ALLAH SWT!!



Haramlah bagi sesiapa yang mensyirikkan ALLAH SWT, dan tidak salah jika non-muslim itu mengakui kewujudan ALLAH SWT. Kerana di negara asia barat seperti mesir dan negara2 lain, perkataan ALLAH SWT oleh non-muslim disana amat berleluasa dan tidak menjadi satu isu pun. Apa yang penting, mereka mengakui kekuasaan ALLAH SWT dan kewujudan ALLAH SWT di muka bumi ini walaupun mereka non-muslim, itu tidak menjadi kesalahan!!!


Dan sudut kedua pula, adalah dari sisi masyarakat dan penganut agama islam di Malaysia ini, bagaimana masyarakat dan penganut beragama islam sendiri menanggapi isu itu dengan berfikir secara terbuka. Jika penggunaan kalimat ALLAH SWT itu terang2 ingin mencetuskan kegelisahan dan keresahan kepada masyarakat, sepatutnya ia wajar dihentikan segera. Apatah lagi membawa maksud mahu menghina agama Islam!!!


Ikhlas,


MC Petai




Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



2 comments: to “ Isu Penggunaan Kalimah ALLAH !!!


  • 1:14 PTG  

    good tafsiran .. tapi yang dibawak dalam mahkamah ini adalah penggunaan ALLAH itu untuk merujuk kepada tuhan mereka sekarang dan untuk memudahkan mereka yang jahat itu dalam berdakwah memurtadkan orang Islam sebagaimana yang berlaku di Indon.


  • 8:29 PTG  

    teman sebenornye cakap benda ni dari sudut hukum je.. hehe..

    tapi kalo pasai deme gunakan kalimah allah tu untuk tujuan berdakwah dan menyesatkan orang islam kat malaysia ni..memang wajar le kena tentang habis habisan...!!!