Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Filipina Bergegar... JI???  

0 comments

MANILA 23 Julai - Serangan bom di Indonesia dan selatan Filipina baru-baru ini dipercayai mempunyai kaitan, dan menunjukkan kumpulan militan Jemaah Islamiah di rantau ini mungkin aktif semula, kata ketua keselamatan kebangsaan hari ini.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Norberto Gonzales berkata, 'perwatakan dan matlamat' tiga serangan bom di Kepulauan Mindanao, selatan Filipina yang mengorbankan lapan orang dan lebih 100 orang cedera, menyerupai serangan oleh JI.

source: utusan.com.my


Ermmmm... Aku tak paham, baru2 ni Ketua Majlis Ulama Indonesia ada keluarkan stetment yang mengatakan pengeboman di Jakarta baru2 ni tiada kaitan dengan JIHAD, tetapi keganasan melampau yang cuba dilakukan oleh JI...

Tapi atas sebab apa keganasan yang tiada motif ini dilakukan?? kenapa senang2 orang JI nak letupkan diri mereka? dorang tak takut ke? dorang dah buat dua kesalahan besar, satu pembunuhan orang yang tak berdosa, kedua, bunuh diri sendiri.

Ermmm...Apa la racun yang dah ditanam dalam minda2 JI ni...JIHAD untuk apa? atau ingin menunjukkan pada dunia yang mereka membantah hukuman mati ke atas Ali Gufron? Imam Samudera? dan Amrozi...??

Memang itu yang mereka cuba sampaikan... bukan ke mereka ada kata.. mereka akan lebih menganas jika hukuman mati ke atas tiga pemimpin JI itu terus dilakukan... kini mereka membuktikannya!!!

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories