Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Dato Seri Nizar @ Kayan  

0 comments




Pihak Manjung-Center (MC amin & MC petai) sempat mengikuti program Dato Seri Nizar yang bersolat Jumaat di masjid Ikrimiah Kg Kayan petang tadi. Selepas selesai mengerjakan solat Jumaat, Dato Seri Nizar di pelawa untuk makan tengah hari di Rumah Tuan Basari Hamid selaku tok sidang Kg. Kayan. Pihak MC juga tidak melepaskan peluang untuk makan tengah hari sekali di rumah Tuan Basari Hamid. Terima Kasih kepada pihak Dun Khidmat Masyarakat Pasir Panjang yang menumpangkan pihak MC dengan Van yang sangat comel. Pihak MC sempat mengambil beberapa gambar semasa di Masjid dan di rumah Tuan Basari Hamid.

Selepas itu, aktiviti seterusnya Dato Seri Nizar adalah menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin di Kg Dato Seri Kamarudin, pihak MC tidak dapat mengikuti program tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Selesai program menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin, aktiviti Dato Seri Nizar yang berikutnya adalah menyertai satu perlawanan persahabatan bola sepak antara DUN Pasir Panjang dan penduduk Pasir Panjang. Dato Seri Nizar bermain di posisi penjaga gol, tahniah di ucapkan kepada Dato Seri kerana bersungguh-sungguh bermain untuk perlawanan bola sepak ini. Pihak MC juga turut terlibat dalam perlawanan persahabatan ini. Gambar untuk perlawanan persahabatan akan di upload dalam masa terdekat.

Ikhlas
MC Petai

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



0 comments: to “ Dato Seri Nizar @ Kayan