Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Man U vs Malaysia : 1st Match  

0 comments


Petang tadi berlangsung satu perlawanan bolasepak membabitkan pasukan kebangsaan Malaysia dengan pasukan Manchester United (MU). MC mati-mati ingat malam ni perlawanannya. Tertipu sudah MC dibuatnya.

Mujurlah petang tadi MC tergerak hati nak makan roti canai, singgah la kejap di kedai mamak DJ ERA di Manjung. MC pun hairan la, kenapa ramai sangat yang makan kat kedai mamak petang-petang macam ni. MC masuk je dalam kedai tu, terus satu kedai gegak gempita, rupa2nya mereka semua sedang meraikan gol pertama Malaysia yang dijaringkan oleh Amri Yahya.

Baru la MC tahu, rupanya perlawanan ni berlangsung petang tadi, terlepas 44 minit perlawanan ni, rugi rasanya. Sebab MC memang dari dulu nak saksikan pasukan Malaysia beraksi dengan pasukan MU. Tapi takpalah, mujurlah Malaysia tak di'ayam'kan oleh MU.

Berdasarkan dari pemerhatian MC tentang corak permainan Malaysia, memang ada sedikit perubahan daripada zaman suram dulu. Kini bolasepak Malaysia sudah mulai bangkit sikit demi sedikit hasil bimbingan jurulatih baru K.Rajagobal. Tapi perlawanan menentang MU tadi bukanlah ukuran sebenar kekuatan Malaysia. MC kata begitu sebab MC lihat MU seolah-olah bermain hanya sekadar ingin memanaskan badan. Hantaran sambil lewa dan serangan yang tak berapa cantik di hidangkan oleh MU. Tetapi walaupun MU bermain sambil lewa, mereka tetap mengawal permainan dengan semua jentera serangan, tengah dan belakang hidup sehinggakan pemain-pemain Malaysia tidak diberi ruang untuk membuat percubaan yang bahaya di gawang MU.

Tak perlu kot MC nak bagitahu keputusan perlawanan tadi, sebab korang semua mungkin dah tahu dan korang semua mungkin antara penyokong yang hadir di stadium tadi.
MC mengamalkan prinsip, walaupun hanya tengok di TV, MC belum cukup layak lagi nak memberi komen tentang pasukan Malaysia keseluruhanya. Hehehe... hanya orang yang pergi stadium saja yang layak memberi komen mengenai corak permainan Malaysia.

Apa-apa pun, rumusan yang ingin MC buat di sini ialah, kerana sukanlah kita mampu bersatu, berdiri dibawah satu bendera yang sama, menyanyikan lagu yang sama, menyokong pasukan yang sama, menangis dan tertawa bersama. Jadi dengan semangat itu, jangan la kita jadikan sukan itu pentas yang menghidangkan kebusukkan, bau hanyir, pekum, tungkik dan sbgnya..

Ikhlas,
MC Petai

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories