Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)

Betulkah tindakan NIZAR atau sebaliknya?  

0 comments

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yan
g engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,”

Cerita lanjut disini


Ermm.. kalau aku cakap apa yang DS Nizar buat ini adalah salah satu cara untuk menarik perhatian orang Cina terhadap keprihatinan beliau terhadap semua masalah yang berlaku tidak kira samada Cina, India atau kaum2 lain, adakah korang setuju dengan pendapat aku??

Mestilah korang setujukan. (Aku pun setuju)

Tapi bagaimana pulak kalau aku cakap, tindakan DS Nizar ni semata-mata ingin mencari pengaruh bagi kaum Cina untuk terus menyokong beliau... adakah korang setuju dengan pendapat ni??

Mesti korang tak setuju..

Kadang2 realiti tak seindah yang kita bayangkan, yang busuk tak semestnya busuk, ada jgk wangi walaupun tak mandi sehari.

Sekadar pendapat, jangan pulak ada yang hentam atau maki aku..!!! sebab aku pun setuju tindakan Nizar ni, melawat orang non-muslim meninggal tidak salah jika kita tahu tujuan dan niat sebenar kita. tambah2 nizar adalah seorang pemimpin rakyat, beliau harus menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau adalah seorang yang sangat prihatin terhadap rakyat!!!
Jadi konklusi aku ialah.. tidak salah..

Links to this post

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories