Segala aktiviti yang diadakan di sekitar bandar Manjung akan di hebahkan dari semasa ke semasa.
Anyone who wishes to donate funds for the expansion of the mosque Manjung district can be channeled through the account number listed;
Sesiapa yang ingin menderma bagi tabung pembesaran masjid daerah Manjung bolehlah disalurkan melalui no akaun yang tertera ;
08059010000670 (Bank Islam)
Allah S.W.T Berfirman:"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepadamu." (Q.S. AI-Munafiqun: 10)
0 comments

Pray for Indonesian

Sejarah Ringkas Perayaan Maulidur Rasul  

0 comments

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain ( r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma€ ¦'²moon Al-Bataa€ ¦'²ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa€ ¦'²d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi ( s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.
Oleh kerana amalan bid€ ¦'²ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama€ ¦'² telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

HUKUM MAULID

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama€ ¦'² berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama€ ¦'²-ulama€ ¦'² yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama€ ¦'² yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.
Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan:
€ ¦'³Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.€ ¦'´

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr:
€ ¦'³Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid€ ¦'²ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.€ ¦'´

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata(ringkasan):
€ ¦'³Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa€ ¦'²d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid€ ¦'²ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid€ ¦'²ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.€ ¦'´

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman:
€ ¦'³maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.€ ¦'´ - Al-Araf: 157
Keterangan:
Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah:
€ ¦'³Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.€ ¦'´-Ibrahim. Ayat 5
Keterangan:
Al-Baihaqi di dalam € ¦'³Syakbu al-Iman€ ¦'´ daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan € ¦'±hari-hari Allah€ ¦'² ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma€ ¦'²ani menjelaskan lagi dengan katanya € ¦'³kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.€ ¦'´

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: € ¦'³Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?€ ¦'´
Jawab mereka: € ¦'³Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.€ ¦'´ Maka Nabi berkata: € ¦'³Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.€ ¦'´ € ¦'¶ [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:
- Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi€ ¦'²raj dan lain-lain.
- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: € ¦'³Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.€ ¦'´
Keterangan:
Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:
Baginda bersabda, € ¦'³Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, € ¦'±hamba Allah dan pesuruh Nya.€ ¦'´(Au Qoma Qol)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:
Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: € ¦'³Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.€ ¦'´
€ ¦'³'¥Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid€ ¦'²ah , dan setiap bid€ ¦'²ah itu adalah sesat € ¦'³ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..
Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid€ ¦'²ah berleluasa.

3)Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw:
Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"
Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"


Miracle of al-Quran  

0 comments

Check this out, very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention:

Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an that mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women.

Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times theword man appears in the Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24.

Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Qur'an, where it says one thing is like another. See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic Qur'an:

Dunia (one name for life) 115. Aakhirat (one name for the life after this world) 115
Malaika (Angels) 88 . Shayteen (Satan) 88Life 145 .... Death 145Benefit 50 . Corrupt 50 People 50 .. Messengers 50Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11 Museebah (calamity) 75 . Thanks 75Spending (Sadaqah) 73 . Satisfaction 73 People who are mislead 17 . Dead people 17Muslimeen 41 . Jihad 41Gold 8 . Easy life 8 Magic 60 . Fitnah (dissuasion, misleading) 60Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32 . Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32Mind 49 . Noor 49 Tongue 25 . Sermon 25Desite 8 . Fear 8 Speaking publicly 18 . Publicising 18 Hardship 114 .... Patience 114 Muhammed 4 . Sharee'ah (Muhammed's teachings) 4 Man 24. Woman 24

And amazingly enough have a look how many times the following words appear:

Salah 5, Month 12, Day 365, Sea 32, Land 13

Sea + land = 32+13= 45

Sea = 32/45*100=71.11111111%
Land = 13/45*100 = 28.88888889%
Sea + land =100.00%

Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the
earth, while the land covers 28.889%.

Is this a coincidence?

Question is that Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all this?

Reply automatically comes in mind that ALMIGHTY ALLAH taught him this. As
the Qur'an also tells us this.

Please pass this on to all your friend and Muslims you know.

Aayah 87 of Suraa (Chapter) Al-Anbia \ para 17:
LA ILAHA ILA ANTA SUBHANAKA INI KUNTU MINA ZALIMEEN.

During the next 60 seconds, stop whatever you are doing, and take this
opportunity. (Literally, it is only 1 minute).

All you have to do is the following:

PLEASE SEND THIS TO ALL PEOPLE THE YOU KNOW.
ALLAH SUBHANA WA TAALA WILL SOLVE ALL YOUR
PROBLEMS. PLEASE DO NOT FAIL TO DO THIS.

Untuk Hebahan  

0 comments

Undian Piala Presiden Persatuan iaitu Piala Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan diadakan di sebuah Resort di Sungkai, Perak (Felda Residence Hot Springs Resort) pada 19 December 2009 pada jam 2.00 petang

Jamuan makan disediakan. Semua blogger Perak khususnya dijemput hadir.

Maklumat ringkas kejohanan:

Penyertaan sebanyak 15 pasukan daripada seluruh daerah di negeri Perak.

Bertujuan mengenalpasti bakat-bakat baru dinegeri Perak bagi musim-musim yang akan datang.

Dipengerusikan oleh Sdr Abd Aziz Yeop Jamaluddin, ahli majlis PAFA.

Setiap pasukan yang bertanding akan diperuntukan wang tunai sebanyak RM1,500.

Setiap daerah diminta menghantar pasukan masing-masing dan jika tiada peluang akan dibuka kepada mana-mana kelab bolasepak di dalam daerah tersebut.

Kejohanan menawarkan hadiah RM5,000, 3000 dan 1,000 untuk pasukan yang kalah di separuh akhir.

Teman cukup menyampah! sampai menyumpah!  

0 comments

Assalamualaikum.. salam sejahtera.. salam SATU Malaysia..

(sat lagi ada yang sumpah laknat teman pasai dok sebut satu malaysia, maklum la, dok sembah benda haram..ibarat sembah patung..kuikuikui)

Macam biasa la, teman kalau dah nak mula menuleh, idea mesti la datang mencurah-curah, ibarat ayor sungei yang mengalir tanpa henti.. tapi teman takboleh jadi sungei le, sungei ayor dia mengalir sampai bila-bila, teman ni setakat ada isu2 menarik ja baru teman terasa gatai tangan nak menuleh..

itu le yob2 semua, ibarat padi, semakin tunduk semakin berisi, tapi berisi tang lain, bukan tang perut. kalau tang perut toksah dok panggil berisi la..tu boroi..macam kawan teman sorang tu nama joe pengkalan..

teman mula2 dok terpikior nak tulih macam mana, cara yang itu ka atau cara yang ini? iskk, susah macam ni.. ni la bila idea dah banyak sangat sampai taktau nak mula yang mana satu!

masa teman dok belek2 akaun facebook teman (teman bukan koman spanar sangat, teman pun ada facebook, apa igt cokia sangat ka teman ni), teman terperasan satu status dari seorang yang berpangkat professor, taktau la professor ka doktor.. rasanya professor kut.. dia ni selalu la dok keluor tv.. macam2 tv dah penah tayang muka mamat ni..tv1..tv2..tv3..tv4..tv5..sampai tv10 pun ada muka mamat ni..astro.. ntv7..dengan tv8 pun jangan dilupakan.. cuma yang takdak..cenel Zee dengan cenel cartoon network jer...

bukan hensem mana mamat ni, teman lagi hensem.. cuma akai dan kecheghodikan dia tu yang buat dia hensem...uishhh..macam2 isu dah dia pernah ulas.. dari isu membabitkan hiburan.. sukan.. politik.. isu semasa.. alam sekitar.. haiwan.. dan macam-macam lagi..

teman memang dah tau yang dia ni akai ceghodik sikit dari teman.. sikit je.. tak banyak.. dengan bahasa yang indah.. tutur kata yang lancar membuatkan orang yang mendengornya terase sejuk dan senang untuk dicerna..walaupun ada kalanya bahasa2 dia membuatkan pak lebai-pak lebai yang ngaji takat darjah 5.. yang tak reti bahasa kurun ke 21 ni tidak faham dengan apa yang dia cuba katakan..walaupun isunya cukup jelas dan mantopp..

dalam satu status di facebooknya yang teman kate tadi tu.. fuhh.. memang teman cukup kagum dengan bahasa yang dia gunakan.. teman cuba bagi sedikit apa yang dia tulis dekat status dia..

dia kata, orang media sekarang harus bertamadun bila menulis berita, kerana apa yang dia tulis mempengaruhi generasi masa ini..

maksudnya.. media2 di malaysia ini harus lebih adil dalam menyampaikan maklumat.. weihhhhh pak lebai.. bukan maklumat tentang politik saja!! maklumat berkaitan pengetahuan juga harus dititik beratkan.. pengetahuan tu bukan sahaja tentang lawatan2 menteri ke luar negara, atau parti pembangkang membuat demo besar-besaran dan tidak bias dalam melaporkan berapa ramai jumlah yang hadir ke demo tu.. wehhh..pleasee laa..

pengetahuan maksudnya tentang ilmu.. banyak cabang dalam ilmu yang ingin disampaikan tu..tidak kira la ilmu agama, ilmu pernigaan, ilmu politik, ilmu alam sekitar dsb.. yang teman dok nampak sekarang ni, banyak media yang suka beradu domba, saling hujat menghujat.. saling provok dan provokasi..saling cela mencela.. ini tidak bagus untuk generasi muda, contohnya macam teman ni..

tak kira la akhbar utusan ka.. harakah ka.. suara keadilan ka.. masing2 ada sentimen politik yang harus dijaga.. kalau orang pas dok kata.. utusan tu kerajaan yang duk kawal.. deme kena tengok jgk.. harakah.. siapa yang kawal? bukan deme ke? kalau deme kata utusan asik cela mencela.. deme kena tengok jgk.. harakah tu takde cela mencela ke???

dalam situasi negara kita yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan, maklumat yang kita terima pun harus ditapis dulu oleh kerajaan.. bila isu2 yang melibatkan politik jahanam dalam malaysia ni saja deme tunjuk.. maka..ilmu2 tamadun kurun ke21 ni pun lenyap dalam kerakusan manusia yang ingin melihat sesuatu benda itu menjadi buruk..

sama jugak macam teman beli harakah dan suara keadilan.. teman tau le.. akhbar2 yang dua ni bukan akbar nasional yang perlu melaporkan semua kejadian di malaysia.. itu hanya akhbar politik.. tapi kena juga faham tentang konsep menyalurkan ilmu tamadun kurun ke 21..

ini yang teman marahhh.. kita bukan tak suka utusan.. kita bukan tak suka akhbar2 nasional yang lain.. woii.. teman beli utusan bukan sebab teman orang umno.. tu akai dok pikior ke lain je.. tipikal orang melayu memang macam tu..

dan teman beli harakah bukan pasai teman dok hadap sangat nak baca kisah2 politik.. tu semua perkara no.2.. teman kalau nak tau politik sangat.. teman boleh search kat internet.. tu ha mat saman kati berjela2 dok tulis kat perakexpress..kalau bukan orang macma teman yang nak baca cerita2 dia.. siapa lagi?? takkan nak suruh orang hongkong yang baca kut??

teman beli utusan sebab teman nak tambah pengetahuan ilmu teman.. teman nak tau isu2 semasa yang boleh menajamkan akal teman.. yang boleh membawa teman ke peringkat global yang lebih mencabar.. nanti tak adala teman dok YM dengan orang amerika..dia suruh teman terangkan isu berkenaan pasca 2012.. hapahh pun teman taktau?

ya laa.. teman boleh search kt internet.. ramai dah dok kata teman pemalaih..dok harap baca paper je.. alternatif lain takdak ke? ni lagi satu tipikal orang melayu.. punggahhh..kena ada orang2 pintar yang boleh cipta ubat.. bagi deme ni telan sorang2.. baru berubah cara berfikir kot?

sughat kabo melambangkan ciri2 negara kita.. bukan macam majalah atau benda2 yang lain.. sughat kabo tu diterbitkan setiap hari tanpa henti.. jadi.. pengaruh sughat kabo tu amat kuat.. toksah dok tipu teman la kata kome tak baca sughat kabo.. walauppun kome kate yang kome dah baikot sughat2 kabo utusan.. berita harian..tapi bila p kedai mamak.. senyap2 kome selak satu2 muka surat utusan dan berita harian tu.. ciss.. buang jauh2 la ciri2 fasik dalam diri tu..

malangnya.. bila pengaruh yang sangat kuat ni berada dibawah satu kuasa.. bagi teman..kuasa ni sangat hitam.. macam kuasa ni membendung langit untuk menutup permukaan bumi supaya menampakkan permukaan bumi itu menjadi hitam.. macam dalam filem la.. konon2.. gergasi mai dari mana.. tup2 langit hitam.. pasai pa taktau..padahal gergasi ja.. bukan benda lain..

tak kisah kuasa dari mana pun.. dari federel atau kerajaan negeri nun belah pantai timur tu..

kuasa ni yang bagi teman yang menjahanamkan akal2 generasi muda malaysia sekarang ni.. kita dah ramai bdk2 yang ceghodik pandai.. bdk2 umur 12 tahun pun dah setara ilmu dengan kome yang dah berumo 40 tahun.. bila bdk ni tunjuk pandai sikit.. mula la kome tercabor.. biase le..ego manusia..mane boleh ubah..

ape yang teman nampok.. deme pandai dalam silibus yang diajorkan deme je dalam sekolah..tapi deme koghang pandai dalam menilai sesuatu perkara yang berlaku.. akal deme tak tajam lagi.. deme takboleh nak membezakan apa yang terjadi.. jadi sughat kabo ni la yang menjadi maklumat deme.. bila sughat kabo ni asik tulis benda yang isunya utk orang umor 40 tahun je.. mencela sana.. adu domba.. kutuk sana sini.. dari situ deme akan belajor.. belajor menilai dari satu sudut yang tak sama dengan kita.. kita kalau dah tau satu2 isu.. yang sangat faham tentang sentimen politik dalam malaysia ni..kita boleh tahu tentang benda tu.. benda tu termasuklah cara penulisan.. cara pemyampaian berita.. cara tajuk yang diletak di frontpage akhbar2dll..

haaaa.. itu yang cuba disampaikan oleh mamat yang teman sebutkan tadi.. teman tengok..dalam status facebook dia.. dia cukup cukup tegas dalam isu yang satu ni.. teman cukup respek dengan usaha dia.. dia suruh kita berhenti dari membeli akhar yang tidak berfaedah yang tidak memajukan kita.. kalau kome kata cerita politik boleh memajukan kita.. kome baca la sampai muntah.. bagi teman.. benda tu semua no.2.. yang orang nak baca ialah tentang artikel pengetahuan dunia.. dunia terkini.. bukan benda2 macam gambor orang politik tu kena pijak lah.. sumpah laknat bagi pecah perot semua tu..

mtk mahap awai2 le teman cakap.. itu semua org yang hatinya rakus dalam memperjuang politik je yang baca.. sampai bila taktau laa.. bila cakap pasai politik..tudia.. bukan main hebat.. bila cakap pasai sukan.. pasai alam sekitar.. pasai isu di afrika.. langsung haramm deme taktau..

sat lagi ada yang kata.. politik tu penting.. sebab politik yang menentukan corak negara dan dunia.. hahh.. bila ada yang jawap macam ni..teman nak tepok dahi dia 8 kali bolehh????

CARTA TOP BLOG? APA MOTIFNYA???  

0 comments

Assalamualaikum.. terlebih dahulu teman nak sendawa... burpppppppppp.. alhamdulillah.. baru lepas pekena nasi paprik tadi..

Dalam sibuk2 teman menjengah dari satu blog ke satu blog untuk mencari info sensasi lagi bermaklumat sebentar tadi.. teman termasuklah dalam satu blog ini yang sangat fames di negeri perak.. mungkin juga di malaysia..maklumlah..dah pernah keluar paper..

Dalam banyak2 topik.. ada satu topik yang menarik perhatian teman.. carta top blog pro pakatan. Teman memole tak tau apa isi kandungan artikel topik ni..nampak macam menarik dan seksi.. klik saja.. teman baca dengan penuh kusyuk dari satu perenggan ke perenggan yang seterusnnya.. habis saja baca.. teman terpikior 2 3 kali..

opss.. jangan marah teman dulu.. tipikal kita ni belum buka mulut lagi dah pikir yang bukan2.. memang la kita kena pikir.. pikir apa yang orang tu pikirkan tentang artikel/tulisan kita..haha..

teman nak ulas dengan penuh berhemah bak profesor.. mohon tuan-tuan dan puan-puan yang membaca tidak hangin satu badan..maklumlah.. semut nak tegur gajah..kekek..kalau gajah pijak teman pun..teman tak mati.. ape le sangat semut macam teman ni..kuikuikui

teman tak faham apa misi kita dalam kehidupan sehari-hari.. teman pelik tentang tujuan dan kehendak kita? kita melakukan perkara2 yang sudah diamanahkan dekat kita.. kita lakukan sesuatu demi tanggungjawab..dan tanggungjawab itu balasannya ialah penerusan kehidupan..dan hidup kita utk apa? sama seperti yang kita lakukan samada perkara itu besar mahupun kecil..

hahah.. ada yang sudah hangin.. relek2.. bawak bertendang dahulu..(nak relek apa..aku langsung tak faham apa hang kata)

MasyAllah tuan haji.. dulu ngaji pondok tahap berapa? 2 samawi ka? oo.. nak masuk tahap 3 jepun attack malaya.. takpa..saya pahammm..

Teman tak marah selepas benda tu berlaku.. sebaliknya teman nak senyum sinis apabila benda itu sudah berlaku dan diulas dengan ayat2 Adam Ahmad.. hahaha

jika sebuah pergerakan mampu melebihi batas yang dikehendak, maka majoriti akan mengatakan tidak, kerana fikiran pasif mereka itu melebihi apa yang mereka inginkan.. sesuatu kelompok akan mengumpulkan dan menyuburkan sumber daya yang cukup untuk membenihkan apa2 saja yang mereka inginkan kemudian hari..

ini yang teman nak tergelok besor ni.. hahaha..prinsip2 mereka itu diselaputi garisan kedua dalam organisasi yang sangat teratur.. oleh kerana organisasi itu sangat teratur..maka ia menjadikan adat-adat itu sumber rujukan dan apa2 saja yang mereka gulingkan akan mereka bangunkan semula untuk menyuburkan benih2 yang mereka campak jauh itu.

Hal ini ialah propaganda.. mereka melebalkan pengikut mereka sebagai laskar2 yang direkrut untuk menjadi pejuang sejati yang berkiblatkan cermin pantulan yang dalamnya tersembunyi dalang disebalik apa yang berlaku.. mereka mencerminkan kebodohan mereka tujuannya teman tak pasti.. tapi mengikut apa yang teman rasa.. teman boleh simpulkan itu adalah kebodohan sejati yang tiada ubatnya..hahah

orang2 yang telah dipropagandakan akan disuburkan dengan doktrin visi dan misi dari akal mereka yang cetek..belajar mengunakan akal untuk memancing individu yang tiada arah dan tujuan yang jelas untuk dimasukkan ke dalam organisasi lapisan kedua mereka..ini satu kebodohan sejati yang tiada penawarnya...hahah

pengenalan pasif mereka bermula dengan satu hurup A dan diakhiri dengan hurup Z...mereka tiada ilmu dalam organisasi dan mereka itu sangat pintar utk cuba belajar cara mengawal organisasi dengan bantuan para pemikir yang lebih jelas menentukan apa yang perlu dilakukan..

oleh kerana mereka itu presiden dalam satu2 organisasi yang ngok ngek.. hanya satu yang teman nampak dalam pemikiran teman iaitu.. berjuang untuknya demi mendapatkan sokongan dari laskar2 baru yang muncul di era kurun ke 21..

individu2 ini lah yang akan diberikan tugas dalam menentukan corak koloberasi yang aktif untuk seketika.. akhirnya riwayat tamat dan individu2 ini tidak diperlukan kemudian hari kerana tujuan merek sudah tercapai.. demi mencapai apa yang mereka inginkan.. doktrin yang mereka suburkan itu harus dibaja dengan kata2 indah.. tiada sarkastik dan tiada cacat celanya.. ini lagi satu kebodohan manusia lewat abad ini.. kebodohan ini juga tiada penawar jelas..mungkin boleh berubah jika ada manusia yang pintar dalam mencipta solusi yang sangat halus untuk ditiupkan ke dalam semua masyarakat pasca ini.

ahhh..kalau ada penawar itu.. teman akan pastikan.. teman orang pertama yang akan beli.. sebab teman tak mahu masuk dalam organisasi yang tidak jelas menentukan arah dan tujuan.. ibarat menjadi seorang pengikut yang berjalan 800 kilometer tanpa makanan dan minuman.. teman dilanyak dalam neuron2 halus otak teman..seketika.. teman mampu mati hidup semula..untuk mencari dalang yang mencipta virus jahanam itu..pasti teman akan salam dan cium tangannya sambil berbisik.. "aku nak gelak"
hahahah..

sangat pasifnya mereka itu salahsatunya ialah karektar yang berlainan dicipta.. mental mereka dibatakan dengan intelektual yang hebat.. tapi isinya sederhana.. ini tidak benar dalam majoriti kita yang besar.. itu satu perkara bodoh tahap 5 yang teman nampak..

sangat mudah menuturkan kata2 revolusi.. teman teruja bila dengarkannya tetapi tak bermakna teman bangkit dan melaungkan bantahan.. teman adalah manusia yang tergolong dalam golongan yang tidak sedar dan akan disedarkan oleh orang lain. ini tidak bermakna dalam sebuah tujuan yang jelas.. teman boleh menolak apa yang benar.. teman tidak pasti pendirian teman.. keadaan ini berlaku dan teman harus mengatakan apa yang ditulis dalam topik carta top blog pro pakatan adalah satu tindakan perhitungan yang paling memalukan.

pergerakan harus mengambil kira akar yang menunjangi dasar.. bukan dasar yang dipijak oleh kita..pergerakan ini tidak berkesan jika tiada individu yang bukan laskar2 bangkit melaungkan ALLAHUAKHBAR. orang memandang sesuatu kesinambungan itu pada waktu sekarang..bukan 20 tahun akan datang.. ini salah satu doktrin kekal yang cuba di kunci erat oleh mereka..

lapisan-lapisan gerakan itu mampu menciptakan suasa yang berbeza.. keadaan yang berlainan dan persekitaran yang seksi. ini membolehkan apa2 saja tujuan yang tidak jelas menerobos masuk ke dalam akal individu yang direkrut demi tujuan peribadi mereka. lagi satu kebodohan itu terjadi disebabkan peringkat2 pengetahuan mereka dalam menilai tahap-tahap yang diberikan adalah untuk seketika. tiada masa berfikir 100 tahun akan datang..kerana hidup mereka tidak tentu lebih dari 100 tahun..

ahh.. teman tak percaya dengan kata2 intelektual pembangunan manusia kemudian hari demi bangsa yang jitu, berglobal di peringkat paling atas dalam senarai planet yang diciptakanNYA. ini lagi satu kata2 indah peribahasa baku demi memujuk hati mereka yang tidak jelas dan tiada arah.

teman melihat elemen2 persekitaran yang tumbuh begitu kondusif demi manusia yang berkiblatkanNYA, elemen2 paling buruk yang pernah kita ada dalam sejarah tingkat pembangunan paling awal di eropah. teman percaya elemen2 itu mati kerana mereka yang berorganisasikan tujuan dan matlamat yang tidak jelas.. hanya intelektual menjadi senjata pemusnah kata2 yang disodomi atau diliwat oleh mereka.. mereka itu peliwat dalam membicarakan satu2 perkara..meraka itu akan menjadi penyokong yang akan kuat menyalakkkkkkkkkkkkkkkkk

bagaimana?? kesimpulannya abg2 adik kakak.. bukan teman tak setuju dengan topik yang teman utarakan ini.. tetapi harusnya ianya menjadi pembakar smangat kepada mereka yang bukan mengejar glamor tetapi mencari dan memperbetulkan info supaya ia lebih bermaklumat..itu kehendak..bukan cita2.. kadang2 kita harus mengatakan tidak.. kerana majoriti itu lebih ramai dari manoriti.. manoriti juga punya cita2.. semangat.. cabaran.. azam dan nilai2 yang sama dengan kita..

teman termasuk dalam golongan minoriti sebenarnya.. bukan manoriti dari segi bangsa.. tengok tu.. tipikal orang melayu.. bila kata manoriti.. mesti terpikir tentang bangsa.. ahh.. ini lagi satu kebodohan yang sukar utk dikikis.. maksud teman.. manoriti dari segi bahasa.. cara tulisan.. pendapat dan BLOG!!!!!!!!!!!!!!!

Kemelut PAFA - Bahagian 1  

1 comments


Assalamualaikum semua...

dah lama ghase nye awok tak menulis..dah bersawang dah otak awok ni..selain sebab awok busy dgn khoje dan hidup awok sekarang ni,awok kecewa sikit dgn situasi sekarang ni

kali ni awok nak ulas pasey isu yg hangat sekarang ni di perak..isu persatuan bola sepak perak..mari kita lihat dari skop yg awok nampak…skop yg bagi awok jelas menampakkan masalah dalaman dlm PAFA

Segala masalah berpunca bukan lah baru tapi apa yg kita nampak ia nya jelas ketara bila pemain2 mula tidak mendapat gaji mereka pada season 2007-2008 yg lepas…..tapi ramai yg tidak sedor dan perasan masalah ini semua nya berputik sejak awal season lagi…

Setelah dato zahid hamidi meletakkan jawatan atas arahan boss beso nye PAFA di bawa oleh Dato Mahyudin ato lebih di kenali sebagey dato Don….dan ketika ini lah pafa telah pun berpecah 2..masalah ini mula di kesan ketika pasukan perak di awal season ingin mendapat kan penaja yg baru..ketika itu persaingan adalah antara JOMA dan ADIDAS….dlm pengurusan PAFA telah bersetuju utk memilih JOMA sebagey penaja utk season 2007-2008.namun di balik persetujuan itu,ada di antara ahli majleh sudah mula berkira2 bersama adidas..satu MOU juga dlm masa yg sama telah di tanda tangani bersama adidas…kesan nya,satu pertembungan telah berlaku ketika perak di jangka kan akan membuat penampilan pertama bersama jersi JOMA yg baru di mana ADIDAS telah membuat bantahan dan penampilan pertama itu terpaksa di tangguhkan oleh PAFA…..itu lah episod pertama perpecahan dlm PAFA walopun di luor nampak PAFA begitu cemerlang ketika itu……

Allah menguji lagi pasukan perak….Sebelum season bermula perak telah di janjikan oleh menteri beso ketika itu Dato Seri Tajul Rosli utk memberi kan bantuan dana utk menampung pasukan perak….Dana itu kalau di ikutkan amat mencukupi utk menampung perbelanjaan pasukan dgn rata2 ketika itu pemain2 utama gaji mereka lebih dari 10k. Dato seri memberi separuh dahulu dan di jangka kan separuh lagi akan di beri dlm bulan 2. Segala nya berjalan lancar ketika itu hingga lah tiba2 Pak Lah mengumumkan pilihan raya secara mengejut pada bulan 2. Dato Seri Tajul dgn yakin nya menyatakan pada PAFA,separuh lagi dana yg akan di berikan pada PAFA di hold buat sementara waktu kerana dana tersebut ingin di guna kan utk pilihanraya umum. Dan dana tersebut akan di beri selepas pilihanraya kerana mereka yakin akan menang. Namun manusia hanya merancang Allah jua lah yg menentukan

Keputusan pilihanraya amat mengejutkan…..Perak tumbang ke tgn Pakatan Rakyat..Dato seri tajul juga tumbang..dana yg di janjikan sudah pun di gunakan utk pilihanraya….PAFA terkapai2 ketika itu..duit yg ada hanya cukup utk menampung pasukan sehingga bulan 6 sahaja….Kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan rakyat tidak dapat membantu utk memberi jumlah yg sama kerana dana tersebut sudah tiada……di sini lah masalah kewangan PAFA mula meruncing…Dengan pemain2 yg ada,amat mustahil PAFA dapat terus survive…

Bantuan di pohon ketika itu kepada kerajaan negeri.Kerajaan negeri bersetuju utk membantu tapi bantuan itu tidak sama jumlah nya dgn dana yg di ingini kerana proses audit masih sedang di laksanakan…..Namun kerajaan ketika itu bersedia utk mengambil tanggungjawab yg di pikul dato Don…AGM yg sepatutnya di laksanakan dlm bulan 6…Namun mungkin kerana ada pengaruh politik,AGM di tangguhkan….mungkin kerana mereka takut,jika AGM di laksanakan pada bulan 6,dan kerajaan negeri mengambil alih tampuk PAFA segala masalah akan selesai dan nama Dato Seri Nizar akan terus meletup….

Ketika ini lah baru muncul puak2 yg selama ini berselindung di dlm PAFA..mereka mula risaukan jawatan mereka dan dalam masa yg sama mereka ini lah yg banyak merosakkan pafa dari belakang…Dato Don sendiri pernah menyatakan puak2 ini lah yg banyak menyalah guna kan jawatan demi kepentingan peribadi mereka…..

Bulan julai terus berlalu…..Gaji pemain mula sangkut…..duit perbelanjaan pasukan juga terjejas teruk..sehingga kan ada game terpaksa Manager mendahulukan duit mereka..zaman mewah sudah berlalu…hanya duit makan RM10 sahaja di berikan utk duit makan jika bermain game away yg terdekat……AGM yg di janji kan oleh Dato Don juga terus senyap…..di tunda lagi…..

Sehinggalah berakhir nya season duit gaji pemain terus sangkut…sorg demi sorg pemain mula mengikat perut…kereta mula di simpan di rumah…tiada lagi zaman kesenangan buat mereka….ini semua kerana kesilapan pihak pengurusan yg gagal menguruskan kewangan dan perancangan kewangan hanya di atas kertas…..

di bulan 10 kerajaan negeri menghulurkan sedikit bantuan..namun bantuan itu masih belum mencukupi utk gaji pemain….Pemain terus tertekan…..Ada yg sudah mula merancang utk meninggalkan pasukan….dan sebelum season berakhir,Steve Darby juga lah yg telah menghubungi pengurusan negeri lain utk memberikan recomendation player2 perak kepada mereka….

Dengan berita perlantikan karathu utk season 2009,menambahkan luka lagi kepada pemain2 sedia ada..sorg demi sorg mula meninggalkan pasukan….walopun pemain2 ini mahu di simpan oleh pengurusan yg dijangka akan mengambil alih selepas AGM,namun tiada apa yg mampu mereka lakukan..ini kerana kuasa sepenuh nya PAFA masih di miliki oleh Dato Don……

Hanya mengharapkan pemain yg masih memiliki kontrak sahaja yg akan stay bersama perak..namun segala nya musnah bila PAFA telah mengeluarkan surat kebenaran utk mereka berpindah…malah wang pampasan yg di minta terlalu sedikit dan ada yg tiada wang perpindahan langsung…sekali lagi perak berputih mata…….

setelah hampir semua pemain berjaya di pindahkan tinggal lah player2 muda sahaja dlm pasukan….dan ketika itu lah baru AGM di laksana kan…..apa yg tinggal lagi ketika itu???Perak terpaksa di bina semula hasil runtuhan yg di buat pengurusan terdahulu…..

begitulah bermula nya episod malang dlm pasukan bola sepak perak..

Nantikan bahagian 2 jika awok ada masa…hehehe

Ucapan Penuh Dato Seri Nizar (Presiden PAFA) semasa majlis menandatangani kontrak pemain bola sepak Perak 2010  

0 comments

Bahagian 1


Bahagian 2


Credit to Pakcu yob4ever.

Segalanya sudah selesai..perkara yang selama ini tidak diketahui..maka perlahan2 dibuka pekungnya.. tahniah kepada dato seri nizar di atas usaha beliau menaik dan menambah baik pasukan dari musim lepas dan insyAllah musim akan datang.

usaha2 pihak2 tertentu yang ingin melihat perak tidak beraksi musim depan untuk liga malaysia tidak berhasil. inilah padahnya kalau hati yang busuk ingin buat perkara yang busuk.. tak dimakbulkan tuhan punya.

beberapa waktu lalu, saudara zainol telah menyerahkan cek hutang kepada fam, cek itu hanya diberi kepada fam untuk dibayar kepada 6 pemain perak yang telah mengadukan masalah tunggakan gaji kepada konfenderasi bolasepak dunia (fifa). jika kerajaan negeri pimpinan zambry telus dan ikhlas dalam membantu kantung kewangan pafa, pasti sokongan terhadapnya akan meningkat, mereka akan lebih melihat zambry bukan nizar, tetapi strategi yang digunapakai zambry hanya membuatkan penyokong perak bertambah meluat terhadapnya.

tanggungjawab kerajaan negeri membantu pafa adalah perkara wajib yang perlu dilakukan setiap kali musim baru bolasepak bermula. tak perlu berkaor2 menyuruh nizar letak jawatan baru hendak membantu pafa.. sebaliknya zambry perlu mengenepikan ideologi politiknya untuk sama2 membangunkan dan membantu pafa. barulah dinama profesional.. bukan bermain politik sempit.. memandang atau melihat semuanya tentang politik lebih2 lagi tentang persatuan sukan itu adalah perkara yang paling bodoh dan strategi politik lama yang tidak releven lagi.

kepada zambry..jaga-jagaa...